Brunei Darussalam menyambut baik langkah Korea Selatan untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Sokongan itu dinyatakan Menteri Kewangan II Brunei Dr Mohd Amin Liew Abdullah dalam mesyuarat bersama Menteri Perdagangan Korea Selatan Yeo Han Koo yang diadakan secara maya.